Konsep dan rekabentuk kajian tindakan
Somekh (1989) menyatakan penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.
Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing. Kesimpulannya, Kajian Tindakan adalah “ belajar daripada apa yang dibuat. ” (learning by doing)
1. Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan.
2. Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran pembelajaran
3. Memperkembangkan kemahiran professional guru khususnya mengenal pasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan
4. Memberi peluang utk mengukuhkan asas pengetahuan profesyen perguruan
5. Menyelesaikan masalah-masalah professional tanpa arahan luar
6. Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin
7. Meningkatkan amalan-amalan professional. Dengan itu mempunyai hakmilik (ownership) dalam memperkenalkan amalan-amalan yang berkesan. Diberikan kuasa utk membuat keputusan (empowerment)
8. Membawa pembaharuan dan kemajuan melalui refleksi kendiri dan usaha sendiri
9. Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman. Boleh perbaiki prestasi dan kepuasan kerja
10. Memberi peluang kepada guru utk menjadi agen perubahan dengan membuat refleksi dan menganalisis kekuatan dan kelemahan diri.
- mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya;
- dapat merancang huraiian mata pelajaran dengan lebih berkesan;
- Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran memudahkan pencapaian objektif mereka dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri.
- Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif.
- Dapat menyediakan guru, sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum;membentukkan budaya penyelidiakn sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan ; dan merapatkan tali silatulrahim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara kolaboratif
MODEL KAJIAN TINDAKAN
Pelaksanaan sesuatu kajian yang sistematik dan membolehkan pencapaian matlamat adalah berdasarkan Reka Bentuk Kajian Tindakan yang meliputi empat langkah penting :
- MEREFLEKSI
- MERANCANG
- MELAKSANAKAN STRATEGI
- MEMANTAU UNTUK MEMBUAT PENILAIAN
Kitaran ini mungkin akan berterusan dan akan wujud selagi mana permasalahan yang dikaji masih tidak dapat diatasi atau belum mencapai keputusan yang dikehendaki
2. Model pembelajaran berasaskan pengalaman (Kolb, 1984)
3. Model Kajian Tindakan (Stringer, 1999)
4. Model Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart,1988)
Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)
Proses kajian tindakan melibatkan refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.
Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan.
Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan
0 comments:
Post a Comment