BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 13, 2009

Tugasan 2: Analisis Jurnal

Artikel 1: Using action research to teach students to manage team learning
and improve teamwork satisfaction


Abstrak

Artikel ini mengkaji strategi yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mambangunkan kemahiran dalam menguruskan kumpulan pembelajaran. Dua kumpulan pelajar pengurusan tahun 2 telah mengambil bahagian dalam projek kajian tindakan ini. Pelajar-pelajar ini telah diberi pendidikan mengenai pembangnan pasukan, pengurusan proses dan konflik dan bangaimana untuk mengulas serta menaikkan pembangunan proses-proses pasukan dan pengurusan konflik dan bagaimana bagi mengkaji semula dan meningkatkan pembentukan pasukan.

Pendekataan ini disokong oleh tenaga pendidik dan pelajar digalakkan untuk belajar bagaimana tingkah laku mereka menyumbang kepada keberkesanan pasukan. Pendekatan dalam menggalakkan penglibatan pelajar apabila masalah sesuatu masalah berlaku.

Keputusan menunjukkan apabila pelajar diajar untuk menguruskan proses kerjasama dan tanggungjawab dalam pengurusan konflik dan hubungan antara pasukan, didapati konflik dan hubungan sosial berkurangan dan berpuas hati dengan hasil pembelajaran.


Sampel
  • Dua kelas tahun 2 pra siswazah selama 2 tahun
  • Semesta 1: 196 pelajar (107 orang lelaki dan 89 org perempuan (151 pelajar di Australia dan 45 pelajar di Malaysia)
  • Semesra 2: 114 pelajar (55 orang lelaki dan 59 perempuan) (131 pelajar di Australia dan 21 pelajar di Malaysia)

Metodologi
  • Mengunakan Model Town et al. (2000) dan Kuit et al. (2001)

Setting Kajian
  • Universiti di Australia dan Malaysia

Objektif Kajian
  • Menyiasat strategi yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mempertingkatkan kemahiran dalam menguruskan pembelajaran kumpulan

Prosedur kajian
  • 2 kelas pelajar tahun 2 pra siswazah selama 2 tahun
  • Data dikumpul pada permulaan dan penghujung bengkel 1 semesta ( 16 minggu) dengan 13 minggu berhubungan
  • Awal semesta: mengenal pasti kelemahan dan kekuatan individu yang termsuk dalam kumoulan.
  • Memikirkan peranan, penglibatan dan peringkat perkembangan kumpulan
  • Akhir semesta: Maklum balas kepuasan prestsi kumpulan dan konflik pengurusan selepas penyertaan
  • Semesta 1: 196 pelajar (107 orang lelaki dan 89 org perempuan (151 pelajar di Australia dan 45 pelajar di Malaysia)
  • Semesra 2: 114 pelajar (55 orang lelaki dan 59 perempuan (131 pelajar di Australia dan 21 pelajar di Malaysia)
  • Semesta 3: 114 orang (55 lelaki dan 59 perempuan)
  • Semesta 4: 99 orang (46 lelaki dan 53 perempuan)
  • Skala: 1 sangat negatif, 3 neutral @ tidak pasti dan 5 sangat positif
  • Pelajar diberi nombor rahsia yang berturutan secara rawak
  • Pelajar dibenar menyimpan salinan jawapan mereka dan membuat perbandingan dengan agregat kelas serta pelajar lain.

Teknik Pengumpulan Data
  • Pengukuran data pertama: 56 perkara
  • 15 perkara mengikut versi Rahim (1983) iaitu penguasaan, kerjasama, pengekalan, penyesuaian dan kompromi (kata sepakat)
  • Pelajar yang berkumpulan versus individu diukur menggunakan 5 perkara
  • Kerjasama versus bebas diukur dengan mengunakan 2 skala dan 8 perkara mengkut Barnes dan Owens (1992)Kaedah pembelajaran 8 perkara berpasangan mengikut Kolb dalam Lussier dan Paulos.
  • Kecenderungan seperti selia, buat, rasa dan fikir
  • 5 soalan demografik
  • Pengukuran data kedua: Kebebasan, Kolektif dan kerjasama telah diganti dengan peranan sifat
  • 5 soalan setiap satu: Pandangan individu mengenai kepimpinan, komunikasi, interpersonal, keupayaan menyelesaikan masalah dan aspirasi.
  • Soalan demografik akhir tahun: 13 perkara mengenai kepuasan pelahar dan konflik pengurusan

Analisis data
  • Hasil kajian dipersembahkan dalam bentuk Cronbach Alpa Benchmark, t-test dan korelasi.
  • Penghuraian hasil kajian adalah terhad kerana mempunyai 56 item yang mana setiap item menghasilkan dapatan yang pelbagai


Artikel 2: ACTION RESEARCH: AN APPROACH FOR THE TEACHERS IN HIGHER EDUCATION



Abstrak

Penyelidikan tindakan adalah satu kajian formatif kemajuan biasanya diamalkan oleh guru-guru di sekolah-sekolah. Pada asasnya satu penyelidikan tindakan adalah satu proses pilin yang termasuk siasatan masalah, mengambil tindakan dan pencarian fakta hasil tindakan itu. Ia membolehkan seorang guru untuk mengambil strategi sesuai dalam persekitaran pengaajarannya.

Objektif

Objektif kajian ini untuk mengkaji keberkesanan dan kelebihan Penyelidikan Tindakan pada tahap pendidikan lebih tinggi.

Metodologi

Penyelidikan Tindakan Praktikal (satu daripada modnya) telah dipilih untuk mengkaji masalah pelajar-pelajar ini.

Mula kitaran bagi penyelidikan ini, pendapat-pendapat pelajar-pelajar dikutip dan mengenal pasti masalah utama. Dalam suasana pendidikan kita, penyelesaian-penyelesaian (Tindakan-tindakan) digunakan. Pengubahsuaian-pengubahsuaian setiap kali telah dibuat oleh komunikasi beratur kepada pelajar tanpa sebarang percubaan untuk terus hasil proses mempertinbangkan.


Sampel
  • 45 pelajar Sains Biologi yang telah dipilih mengikut kreteria

Model
  • Model Dan MacIsaac, 1995

Setting Kajian
  • Di dalam bilik darjah

Objektif Kajian
  • Mengkaji keberkesanan dan kelebihan kajian tindakan pada level pendidikan tinggi melalui kebanyakan pelajar sains biologi yang telah dipilih.

Prosedur Kajian
  • Mengenal pasti masalah (Diagnosing)
  • Mempertimbangkan jalan tindakan altenatif (Action Planning)
  • Memilih jalan tindakan (Taking Action)
  • Mengkaji akibat tindakan (Evakuating)
  • Mengenal pasti pencarian secara umum (Specifying Learning)

Teknik Pengumpulan Data
  • Perbincangan secara jelas berkaitan konsep dan objektif kajian tindakan praktikal
  • Setiap orang merupakan penggerak untuk perusahaan yang baik
  • Pandangan
  • Pemerhatian
  • Diagnosis
  • Perancangan Tindakan
  • Tindakan
  • Penilaian
  • Pembelajaran

Analisis Data
  • Kitaran kedua menunjukkan peningkatan
  • Kitaran ketiga (penambahbaikan) dilakukan juga menunjukkan peningkatan tetapi kurang baik.
  • Kajian ini telah menunjukkan bagaimana PAR (Practice Action Research) digunakan dalam kuliah di universiti dalam tempoh yang singkat.
  • Pelajar gembira terlibat dengan kajian dan menerima tindakan untuk penambahbaikan.
  • Memotivasikan pelajar untuk meningkatkan diri dalam pembelajaran.
  • Terdapat sesetengah guru berpendapat PAR membantu dalam dua cara:
  1. Menghasilkan ilmu pengetahuan dan tindakan boleh terus dilakukan terhadap pelajar di dalam kelas dengan perancangan yang telah dilakukan
  2. Ia memberi idea kepada guru untuk persediaan pembelajaran akan datang.


Jurnal 3: An Action Research Plan for Developing and Implementing The Students’ Listening Comprehension Skills


Sampel kajian

Pelajar tahun 1 dan 2 bagi kursus “Listening Comprehension” di Nationalities University, China.

Setting kajian
Di dalam dan di luar bilik kuliah

Prosedur kajian

#Persoalan kajian:
1) What is the initial listening ability?
2) How do the new tapes affect the acquisition of listening skill?
3) What do the students do in edveloping their own listening skills?
4) How do they become active listeners?
#Kajian ini akan dilakukan secara kolaboratif dengan seorang lagi guru yang mengajar kursus yang sama. Dua orang guru yang mengajar kursus Bahasa inggeris akan menjadi pengkritik bagi kajian ini.
#Pita rakaman akan disediakan dengan bantuan juruteknik dan menggunakan khidmat guru berbangsa Inggeris untuk merakamkan suara.
#Cadangan kajian tindakan ini akan diajukan kepada Dekan dan dibawa ke dalam mesyuarat fakulti untuk memaklumkan kepada staf lain.
#Borang persetujuan akan diberi kepada pelajar (etika penyelidikan)
#Kajian ini akan dijalankan selama enam bulan (Julai – Januari) melalui empat fasa bermula dengan mengenalpasti fokus kajian, membuat sorotan literatur dan merakam bahan, mengumpul data awal dan akhir, menganalisis data, menyediakan laporan dan merancang tindakan seterusnya.

#Metodologi:
1. Pelajar akan diarah untuk mendengar petikan Bahasa Inggeris dengan teliti di dalam dan di luar kelas dan diberi tugasan mendengar radio atau pita rakaman selepas kelas dan melaporkannya di dalam kelas keesokannya.
2. Pelajar akan disuruh membaca suratkhabar berbahasa Inggeris untuk menambah pengetahuan dan membiasakan mereka dengan pelbagai budaya.
3. Pelajar akan didengarkan bahan yang direkodkan pada kadar 100 patah perkataan seminit di awal kursus untuk membantu mereka menjadi pendengar yang berjaya.
4. Guru akan membincangkan dan menggunakan kemahiran dan strategi tertentu untuk memberi pelajar keyakinan mendengar Bahasa Inggeris
.

Pengumpulan data

Data akan dikumpul melalui pra-ujian, temubual, memerhati aktiviti pelajar di dalam kelas, refleksi pelajar, jurnal harian pelajar dan penyelidik (guru kelas), laporan pelajar, pemerhatian oleh pengkritik dan perbandingan dengan kelas mereka, menilai skor pelajar dan dibandingkan dengan kelas lain, melakukan pos-ujian..

Penganalisisan data

Selepas keputusan pra-ujian, pos-ujian, temubual dan jurnal dikumpul, penyelidik dan pengkritik akan membanding, menganalisis dan menilai data dari awal hingga akhir kajian. Kesimpulan yang diperolehi akan menentukan langkah seterusnya yang akan diambil. Laporan kajian akan diberi kepada Dekan agar pelan tindakan untuk meningkatkan kemahiran mendengar pelajar dapat diimplementasikan

0 comments: