BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 6, 2009

TUGASAN 3 : LAPORAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM

LAPORAN PENCATAT SESI PEMBENTANGAN
KOLOKIUM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH AMBILAN JANUARI 2009
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


TAJUK PEMBENTANGAN 1: Meningkatkan Minat Murid-Murid Dalam Aktiviti Pembelajaran Dengan Menggunakan Kaedah Peta Minda


Pembentang: Mohd Latiffi Bin Latin & Ong Chee Kiong
Pengerusi : Nor Aini

Tarikh/hari : 26 OKTOBER 2009 / ISNIN

Bilik : Perdana B, Hotel Palm Garden

1.0 Latar Belakang Kajian

Kajian dilakukan ke atas 36 orang pelajar tingkatan 1 dan 35 orang pelajar dari tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor, Seremban, Negeri Sembilan. objektif kajian beryujuan untuk meningkatkan minat pelajar & kefahaman pelajar dalam menjawab soalan

2.0 Objektif Kajian

Secara umumnya, objektif kajian adalah untuk

  • Meningkatkan minat pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P)

  • Meningkatkan kefahaman pelajar dalam menjawab soalan.


3.0 Metodologi Kajian


Menggunakan Model Kemmis dan McTaggart. Menurut model ini, kajian tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat atau langkah iaitu:


  • Peringkat I : Refleksi (Reflect)
  • Peringkat II : Merancang (Plan)
  • Peringkat III : Bertindak (Act)
  • Peringkat IV : Memerhati(Observe)


4.0 Pelaksanaan Kajian

  • Aktiviti 1: Ujian Pra
  • Aktiviti 2: Membuat Peta Minda
  • Aktiviti 3: Ujian Pos
  • Aktiviti 4: Borang Kaji Selidik


5.0 DAPATAN KAJIAN


Dapatan kajian menunjukkan bahawa bagi subjek biologi, 23 orang pelajar menjawab semua 9 soalan dengan betul dan bagi subjek pencapaian pendidikan Islam, pencapaian pelajar menjawab dengan betul meningkat.


6.0 Cadangan penambahbaikan


  • Pelajar perlu pendedahan cara membuat peta minda yang lebih berkesan.Ujian pos perlu dilakukan 2 minggu selepas perlaksanaan peta minda untuk melihat perbezaan jawapan atau markah pelajar



TAJUK PEMBENTANGAN KE-2:

Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar Semasa Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (P & P) Melalui Kaedah Permainan


Pembentang: Nor Zira Bt Shafie & Norbahariah Bt Baharin

Tarikh/hari : 27 Oktober 2009 / Selasa
Bilik : Perdana B, Hotel Palm Garden


1.0 Penyataan masalah:


  • Pelajar didapati tidak memberi perhatian seratus peratus
  • Pelajar malu bertanya
  • Pelajar kurang berkeyakinan meluahkan pendapat atau memberi jawapan secara individu apabila disoal di dalam kelas.
  • Pelajar lemah dalam aspek kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK)


2.0 Metodologi


Menggunakan Model Kemmis dan Mac Taggart (1988) iaitu melibatkan refleksi, rancang, bertindak dan memerhati.

  • Refleksi awal : Masalah yang dikaji dikenalpasti selepas dua kali sesi pengajaran dijalankan.
  • Merancang: permainan yang dirancang bola hikmah, dam ular dan permainan dart.


3.0 Kaedah Pengumpulan data


  • Pemerhatian : Semasa proses P&P, semasa sesi permainan
  • Temubual: selepas ketiga-tiga permainan selesai
  • Soal selidik: 35 soalan diedarkan, Soalan merangkumi sikap pelajar semasa p & p, kekuatan dan kelemahan kaedah permainan


4.0 Implikasi kajian

  • Kaeadah permainan dapat meningkatkan penglibatan aktif pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
  • Kaeadah permainan dapat meningkatkan penglibatan aktif pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas


5.0 Pentingnya kajian ini

  • Meningkatkan keyakinan dan penglibatan aktif pelajar di dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
  • Memperkembangkan kemahiran komunikasi di kalangan pelajar supaya lebih berani bersuara berkongsi pendapat dan memberi jawapan apabila disoal di dalam kelas
  • Mengurangkan perasaan malu bertanya terhadap isi pengajaran yang tidak difahami


0 comments: