Kajian tindakan merupakan pendekatan sistematik bermula dengan membuat refleksi terhadap amalan sedia ada, merancang tindakan, melakukan tindakan, merefleksi tindakan dan membuat penambahbaikan. Ia boleh dilakukan dalam beberapa kitaran sehingga ia mantap atau menjadi satu habit yang baik dan mantap.
Guru Pelatih
- Meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman profesionalisme sebagai seorang pendidik.
- Mengenalpasti punca masalah amalan pengajaran dan pembelajarannya di dalam kelas yang kurang efektif
- Kajian tindakan melibatkan guru-guru membina teori-teori daripada amalan sebenar, maka penekanan kajian tindakan adalah masalah praktik dan bukanya masalah teori.
Guru Novis
- Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.
- Guru perlu melakukan kajian tindakan dalam bilik darjah untuk menambah pengetahuan dan melaku penambahbaikan terhadap sesuatu amalan
- Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan.
Guru Berpengalaman
- Satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalanamalan tersebut dan bersedia mengubah amalan
- Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan
- Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu.
- Hasil kajian oleh guru berpengalaman dan pakar boleh diterbitkan dan dijadikan panduan oleh guru lain terutamanya guru pelatih dan novis
0 comments:
Post a Comment