BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 21, 2009

Tugasan 9: Penggunaan Video serta Kaedah Demonstrasi dalam P&P Bahasa Melayu dan ICT

Matlamat Kajian:

Kajian ini bertujuan mengkaji penggunaan kaedah video dan demontrasi bagi menarik minat pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Bahasa Melayu dan ICT.


Objektif kajian:

1. Untuk menarik minat pelajar dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

2. Meneroka penggunaan pengunaan kaedah video serta demontrasi dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam bidang Bahasa Melayu dan ICT


Persoalan Kajian:

1. Adakah kaedah video dan demontrasi dapat menarik minat pelajar dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas?

2. Adakah kaedah pembelajaran penggunaan video dan demontrasi dapat meningkatkat penguasaan mereka dalam bidang Bahasa Melayu dan ICT.

Tugasan 8: Cadangan Mengatasi Kelemahan “Dalam Kajian Penggunaan Video serta Kaedah Demonstrasi dalam P&P Bahasa Melayu dan ICT”.

Individu:

1. Guru harus mengetahui langkah-langkah pengajaran melalui demontrasi iaitu melibatkan langkah utama seperti perancangan, perlaksanaan, latihan dan penutup.

2. Dalam penggunaan video secara efektif dalam memastikan objektif telah ditetapkan tercapai, sesebuah video perlulah dipratontonkan oleh guru sebelum digunakan dalam P&P bagi menambah kemahiran yang sedia ada.

Tugasan 7: Kelemahan Pengajaran Kelemahan “Dalam Kajian Penggunaan Video serta Kaedah Demonstrasi dalam P&P Bahasa Melayu dan ICT”.

Individu:

1. Tidak melakukan atau mengunakan kaedah yang teratur dalam menjalankan menjalankan demontrasi kepada pelajar.

2. Guru kurang berkemahiran dalam mengendalikan video semasa proses P&P.


Kumpulan :

1. Kekurangan peralatan yang diperlukan untuk memainkan klip-klip video serta membuat demonstrasi boleh menyebabkan sesi pengajaran menggunakan video terganggu.

2. pelajar lebih tertarik kepada video yg ditayangkan berbanding isi yang ingin disampaikan.


Pasukan luar :

1. Kelemahan penggunaan video dlm P&P nie menyebabkan pelajar terlalu bergantung pada sumber tersebut. Pelajar hanya tertumpu kepada isi kandungan dlm video itu sahaja tanpa membuat rujukan lain.


Tugasan 6: Kekuatan Pengajaran “Dalam Kajian Penggunaan Video serta Kaedah Demonstrasi dalam P&P Bahasa Melayu dan ICT”.

Individu:

1. Gabungan elemen multimedia seperti teks, grafik dan audio terbukti dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Ianya dapat meransang deria penglihatan dan pendengaran.

2. Dapat membantu guru manyalurkan ilmu pengetahuan dan menggerakkan aktiviti yang dirancang.

3. Media pembelajaran dapat menambah dan memperkayakan pembendaharaan kata pelajar. Media pembelajaran yang digunakan mistilah berkaitan dengan isi pembelajran yang diajar seperti fakta dan konsep.

4. Membantu memberi motivasi kepada pelajar-pelajar untuk mengambil bahagian dan berinteraksi di samping memberi keseronokan


Kumpulan :

1. Mampu meraih emosi dan mengubah sikap. Paparan atau persembahan video yang lebih hidup dan realistik mampu meraih emosi berbanding media lain yang statik sifatnya.

2. Mampu menyediakan kuasa kawalan kepada pelajar. Mampu dikawal menerusi kemudahan yang disediakan oleh teknologi perisian. Boleh memainkan video, memberhentikan atau mengulang kembali klip-klip video mengikut keperluan dan tahap kemahiran masing-masing. Membolehkan sesuatu proses pembelajaran dilakukan mengkut keperluan dan tahap penerimaan pelajar dan bukannya keperluan tenaga pelajar semata-mata.

3. Membentuk kemahiran dengan lebih pantas dan berkesan. Demonstrasi, tutorial tunjuk ajar, kemahiran menggunakan sesuatu peralatan dan pengendalian perkakasan dapat dipelajari dengan lebih mudah. Bantu proses kefahaman dan membentuk kemahiran ynag diperlukan dengan lebih pantas dan berkesan.

4. Menjimatkan masa, tenaga dan perbelanjaan. Penyediaan elemen video perlukan perkakasan dan perisian khas yang agak tinggi kosnya. Namun merupakan pelaburan yang bijak jangka panjang kerana mampu menjimatkan masa, tenaga dan kos. Persediaan bahan bantu pengajaran dalam tempoh panjang dapat diringkaskan kerana klip-klip video awal yang berkaitan dapat disediakan lebih awal. Penerangan panjang lebar dan meleret-leret tidak diperlukan lagi kerana video mampu melakukan penjelasan yang lebih baik. (visual dan audio)


Pasukan luar :

1. Guru dapat menyediakan suatu situasi pendidikan yang mencabar minda kepada pelajar cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan

Friday, November 13, 2009

Tugasan 4: Tajuk Mini Kajian Tindakan

Cadangan Tajuk Mini Kajian Tindakan

Tajuk: Penggunaan Rakaman Video serta Kaedah Demonstrasi dalam P&P Bahasa Melayu


Tujuan:

  • Untuk meningkatkan pemahaman dan minat pelajar terhadap subjek yang dipelajari.
  • Memberi gambaran sebenar kepada pelajar bagaimana sesuatu bentuk pengajaran tu dilakukan.


Slide 3

Tugasan 2: Analisis Jurnal

Artikel 1: Using action research to teach students to manage team learning
and improve teamwork satisfaction


Abstrak

Artikel ini mengkaji strategi yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mambangunkan kemahiran dalam menguruskan kumpulan pembelajaran. Dua kumpulan pelajar pengurusan tahun 2 telah mengambil bahagian dalam projek kajian tindakan ini. Pelajar-pelajar ini telah diberi pendidikan mengenai pembangnan pasukan, pengurusan proses dan konflik dan bangaimana untuk mengulas serta menaikkan pembangunan proses-proses pasukan dan pengurusan konflik dan bagaimana bagi mengkaji semula dan meningkatkan pembentukan pasukan.

Pendekataan ini disokong oleh tenaga pendidik dan pelajar digalakkan untuk belajar bagaimana tingkah laku mereka menyumbang kepada keberkesanan pasukan. Pendekatan dalam menggalakkan penglibatan pelajar apabila masalah sesuatu masalah berlaku.

Keputusan menunjukkan apabila pelajar diajar untuk menguruskan proses kerjasama dan tanggungjawab dalam pengurusan konflik dan hubungan antara pasukan, didapati konflik dan hubungan sosial berkurangan dan berpuas hati dengan hasil pembelajaran.


Sampel
  • Dua kelas tahun 2 pra siswazah selama 2 tahun
  • Semesta 1: 196 pelajar (107 orang lelaki dan 89 org perempuan (151 pelajar di Australia dan 45 pelajar di Malaysia)
  • Semesra 2: 114 pelajar (55 orang lelaki dan 59 perempuan) (131 pelajar di Australia dan 21 pelajar di Malaysia)

Metodologi
  • Mengunakan Model Town et al. (2000) dan Kuit et al. (2001)

Setting Kajian
  • Universiti di Australia dan Malaysia

Objektif Kajian
  • Menyiasat strategi yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mempertingkatkan kemahiran dalam menguruskan pembelajaran kumpulan

Prosedur kajian
  • 2 kelas pelajar tahun 2 pra siswazah selama 2 tahun
  • Data dikumpul pada permulaan dan penghujung bengkel 1 semesta ( 16 minggu) dengan 13 minggu berhubungan
  • Awal semesta: mengenal pasti kelemahan dan kekuatan individu yang termsuk dalam kumoulan.
  • Memikirkan peranan, penglibatan dan peringkat perkembangan kumpulan
  • Akhir semesta: Maklum balas kepuasan prestsi kumpulan dan konflik pengurusan selepas penyertaan
  • Semesta 1: 196 pelajar (107 orang lelaki dan 89 org perempuan (151 pelajar di Australia dan 45 pelajar di Malaysia)
  • Semesra 2: 114 pelajar (55 orang lelaki dan 59 perempuan (131 pelajar di Australia dan 21 pelajar di Malaysia)
  • Semesta 3: 114 orang (55 lelaki dan 59 perempuan)
  • Semesta 4: 99 orang (46 lelaki dan 53 perempuan)
  • Skala: 1 sangat negatif, 3 neutral @ tidak pasti dan 5 sangat positif
  • Pelajar diberi nombor rahsia yang berturutan secara rawak
  • Pelajar dibenar menyimpan salinan jawapan mereka dan membuat perbandingan dengan agregat kelas serta pelajar lain.

Teknik Pengumpulan Data
  • Pengukuran data pertama: 56 perkara
  • 15 perkara mengikut versi Rahim (1983) iaitu penguasaan, kerjasama, pengekalan, penyesuaian dan kompromi (kata sepakat)
  • Pelajar yang berkumpulan versus individu diukur menggunakan 5 perkara
  • Kerjasama versus bebas diukur dengan mengunakan 2 skala dan 8 perkara mengkut Barnes dan Owens (1992)Kaedah pembelajaran 8 perkara berpasangan mengikut Kolb dalam Lussier dan Paulos.
  • Kecenderungan seperti selia, buat, rasa dan fikir
  • 5 soalan demografik
  • Pengukuran data kedua: Kebebasan, Kolektif dan kerjasama telah diganti dengan peranan sifat
  • 5 soalan setiap satu: Pandangan individu mengenai kepimpinan, komunikasi, interpersonal, keupayaan menyelesaikan masalah dan aspirasi.
  • Soalan demografik akhir tahun: 13 perkara mengenai kepuasan pelahar dan konflik pengurusan

Analisis data
  • Hasil kajian dipersembahkan dalam bentuk Cronbach Alpa Benchmark, t-test dan korelasi.
  • Penghuraian hasil kajian adalah terhad kerana mempunyai 56 item yang mana setiap item menghasilkan dapatan yang pelbagai


Artikel 2: ACTION RESEARCH: AN APPROACH FOR THE TEACHERS IN HIGHER EDUCATION



Abstrak

Penyelidikan tindakan adalah satu kajian formatif kemajuan biasanya diamalkan oleh guru-guru di sekolah-sekolah. Pada asasnya satu penyelidikan tindakan adalah satu proses pilin yang termasuk siasatan masalah, mengambil tindakan dan pencarian fakta hasil tindakan itu. Ia membolehkan seorang guru untuk mengambil strategi sesuai dalam persekitaran pengaajarannya.

Objektif

Objektif kajian ini untuk mengkaji keberkesanan dan kelebihan Penyelidikan Tindakan pada tahap pendidikan lebih tinggi.

Metodologi

Penyelidikan Tindakan Praktikal (satu daripada modnya) telah dipilih untuk mengkaji masalah pelajar-pelajar ini.

Mula kitaran bagi penyelidikan ini, pendapat-pendapat pelajar-pelajar dikutip dan mengenal pasti masalah utama. Dalam suasana pendidikan kita, penyelesaian-penyelesaian (Tindakan-tindakan) digunakan. Pengubahsuaian-pengubahsuaian setiap kali telah dibuat oleh komunikasi beratur kepada pelajar tanpa sebarang percubaan untuk terus hasil proses mempertinbangkan.


Sampel
  • 45 pelajar Sains Biologi yang telah dipilih mengikut kreteria

Model
  • Model Dan MacIsaac, 1995

Setting Kajian
  • Di dalam bilik darjah

Objektif Kajian
  • Mengkaji keberkesanan dan kelebihan kajian tindakan pada level pendidikan tinggi melalui kebanyakan pelajar sains biologi yang telah dipilih.

Prosedur Kajian
  • Mengenal pasti masalah (Diagnosing)
  • Mempertimbangkan jalan tindakan altenatif (Action Planning)
  • Memilih jalan tindakan (Taking Action)
  • Mengkaji akibat tindakan (Evakuating)
  • Mengenal pasti pencarian secara umum (Specifying Learning)

Teknik Pengumpulan Data
  • Perbincangan secara jelas berkaitan konsep dan objektif kajian tindakan praktikal
  • Setiap orang merupakan penggerak untuk perusahaan yang baik
  • Pandangan
  • Pemerhatian
  • Diagnosis
  • Perancangan Tindakan
  • Tindakan
  • Penilaian
  • Pembelajaran

Analisis Data
  • Kitaran kedua menunjukkan peningkatan
  • Kitaran ketiga (penambahbaikan) dilakukan juga menunjukkan peningkatan tetapi kurang baik.
  • Kajian ini telah menunjukkan bagaimana PAR (Practice Action Research) digunakan dalam kuliah di universiti dalam tempoh yang singkat.
  • Pelajar gembira terlibat dengan kajian dan menerima tindakan untuk penambahbaikan.
  • Memotivasikan pelajar untuk meningkatkan diri dalam pembelajaran.
  • Terdapat sesetengah guru berpendapat PAR membantu dalam dua cara:
  1. Menghasilkan ilmu pengetahuan dan tindakan boleh terus dilakukan terhadap pelajar di dalam kelas dengan perancangan yang telah dilakukan
  2. Ia memberi idea kepada guru untuk persediaan pembelajaran akan datang.


Jurnal 3: An Action Research Plan for Developing and Implementing The Students’ Listening Comprehension Skills


Sampel kajian

Pelajar tahun 1 dan 2 bagi kursus “Listening Comprehension” di Nationalities University, China.

Setting kajian
Di dalam dan di luar bilik kuliah

Prosedur kajian

#Persoalan kajian:
1) What is the initial listening ability?
2) How do the new tapes affect the acquisition of listening skill?
3) What do the students do in edveloping their own listening skills?
4) How do they become active listeners?
#Kajian ini akan dilakukan secara kolaboratif dengan seorang lagi guru yang mengajar kursus yang sama. Dua orang guru yang mengajar kursus Bahasa inggeris akan menjadi pengkritik bagi kajian ini.
#Pita rakaman akan disediakan dengan bantuan juruteknik dan menggunakan khidmat guru berbangsa Inggeris untuk merakamkan suara.
#Cadangan kajian tindakan ini akan diajukan kepada Dekan dan dibawa ke dalam mesyuarat fakulti untuk memaklumkan kepada staf lain.
#Borang persetujuan akan diberi kepada pelajar (etika penyelidikan)
#Kajian ini akan dijalankan selama enam bulan (Julai – Januari) melalui empat fasa bermula dengan mengenalpasti fokus kajian, membuat sorotan literatur dan merakam bahan, mengumpul data awal dan akhir, menganalisis data, menyediakan laporan dan merancang tindakan seterusnya.

#Metodologi:
1. Pelajar akan diarah untuk mendengar petikan Bahasa Inggeris dengan teliti di dalam dan di luar kelas dan diberi tugasan mendengar radio atau pita rakaman selepas kelas dan melaporkannya di dalam kelas keesokannya.
2. Pelajar akan disuruh membaca suratkhabar berbahasa Inggeris untuk menambah pengetahuan dan membiasakan mereka dengan pelbagai budaya.
3. Pelajar akan didengarkan bahan yang direkodkan pada kadar 100 patah perkataan seminit di awal kursus untuk membantu mereka menjadi pendengar yang berjaya.
4. Guru akan membincangkan dan menggunakan kemahiran dan strategi tertentu untuk memberi pelajar keyakinan mendengar Bahasa Inggeris
.

Pengumpulan data

Data akan dikumpul melalui pra-ujian, temubual, memerhati aktiviti pelajar di dalam kelas, refleksi pelajar, jurnal harian pelajar dan penyelidik (guru kelas), laporan pelajar, pemerhatian oleh pengkritik dan perbandingan dengan kelas mereka, menilai skor pelajar dan dibandingkan dengan kelas lain, melakukan pos-ujian..

Penganalisisan data

Selepas keputusan pra-ujian, pos-ujian, temubual dan jurnal dikumpul, penyelidik dan pengkritik akan membanding, menganalisis dan menilai data dari awal hingga akhir kajian. Kesimpulan yang diperolehi akan menentukan langkah seterusnya yang akan diambil. Laporan kajian akan diberi kepada Dekan agar pelan tindakan untuk meningkatkan kemahiran mendengar pelajar dapat diimplementasikan

Tugasan 5: Bincangkan mengapa guru (pelatih/novis/ berpengalaman) perlu melakukan kajian tindakan.

Kajian tindakan merupakan pendekatan sistematik bermula dengan membuat refleksi terhadap amalan sedia ada, merancang tindakan, melakukan tindakan, merefleksi tindakan dan membuat penambahbaikan. Ia boleh dilakukan dalam beberapa kitaran sehingga ia mantap atau menjadi satu habit yang baik dan mantap.

Guru Pelatih

  • Meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman profesionalisme sebagai seorang pendidik.
  • Mengenalpasti punca masalah amalan pengajaran dan pembelajarannya di dalam kelas yang kurang efektif
  • Kajian tindakan melibatkan guru-guru membina teori-teori daripada amalan sebenar, maka penekanan kajian tindakan adalah masalah praktik dan bukanya masalah teori.


Guru Novis

  • Mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya.
  • Guru perlu melakukan kajian tindakan dalam bilik darjah untuk menambah pengetahuan dan melaku penambahbaikan terhadap sesuatu amalan
  • Dapat merancang huraian mata pelajaran dengan lebih berkesan.


Guru Berpengalaman

  • Satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalanamalan tersebut dan bersedia mengubah amalan
  • Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan
  • Menggalakkan guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki dalam kerja mereka dalam kelas untuk membaiki tindakan dan menilai hasil dan keberkesanan usaha itu.
  • Hasil kajian oleh guru berpengalaman dan pakar boleh diterbitkan dan dijadikan panduan oleh guru lain terutamanya guru pelatih dan novis

Saturday, November 7, 2009

Aktiviti 2: Ulasan Jurnal

Using action research to teach student to manage team learning and improve teamwork satisfaction


Abstrak

Artikel ini mengkaji strategi yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mambangunkan kemahiran dalam menguruskan kumpulan pembelajaran. Dua kumpulan pelajar pengurusan tahun 2 telah mengambil bahagian dalam projek kajian tindakan ini. Pelajar-pelajar ini telah diberi pendidikan mengenai pembangnan pasukan, pengurusan proses dan konflik dan bangaimana untuk mengulas serta menaikkan pembangunan proses-proses pasukan dan pengurusan konflik dan bagaimana bagi mengkaji semula dan meningkatkan pembentukan pasukan.

Pendekataan ini disokong oleh tenaga pendidik dan pelajar digalakkan untuk belajar bagaimana tingkah laku mereka menyumbang kepada keberkesanan pasukan. Pendekatan in menggalakkan penglibatan pelajar apabila masalah sesuatu masalah berlaku.

Keputusan menunjukkan apabila pelajar diajar untuk menguruskan proses kerjasama dan tanggungjawab dalam pengurusan konflik dan hubungan antara pasukan, didapati konflik dan hubungan sosial berkurangan dan berpuas hati dengan hasil pembelajaran.


Objektif Kajian

Menyiasat strategi yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mempertingkatkan kemahiran dalam menguruskan pembelajaran kumpulan



Jurnal: An action research exploration integrating student choice and arts activities in a sixth grade social studies classroom

Abstrak

Kajian yang dibuat untuk melihat hasil daripada penggabungan aktiviti seni dalam pengajian sosial boleh meningkatkn penglibatan dan motivasi pelajar dan memberi kesan kepada pencapaian pelajar.rancangan pengajaran awal mendapati pemikiran kreatif pelajar dapat ditingkatkan semasa penggabungan aktiviti seni dan diubah mengikut pandangan guru dan maklum balas pelajar.

Namun begitu, keputusan mendapati dengan memberikan pelajar pilihan mengenai jenis aktiviti untuk diselesaikan memberi impak yang baik kepada motivasi serta penglibatan mereka.kebanyakan markah pelajar pengajian sosial meningkat dan ini membuktikan penggabungan seni ini berkesan


Teacher Research: Challenging Our assumptions


Projek penyelidikan guru untuk memperbaiki kefahaman pelajar tentang hukum gas dalam kelas kimia sekolah menengah.


Mengunakan kaedah kurikulum berasaskan penyelidikan. Pelajar perlu meneroka sendiri pengetahuan yang berkaitan dengan topik yang dipelajari. Aktiviti ’hands-on’ ini dilihat dapat memberikan pelajar pemahaman yang lebih mengenai fakta dan konsep melalui eksperimen dan tugasan yang dijalankan.



Aktiviti 1: Tugasan 1 Buku

Kajian tindakan merupakan satu kajian yang dilakukan oleh peserta samada secara individu atau kolaboratif terhadap masalah mereka sendiri melalui tindakan atau perubahan bagi tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan mereka sendiri disamping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.


Kajian tindakan adalah satu pendekatan yang dilakukan apabila satu pengetahuan yang spesifik diperlukan untuk sesuatu masalah dalam satu-satu situasi atau apabila terdapat pendekatan baru yang ingin dilakukan terhadap sistem yang sedia ada.


Kajian yang dijalankan bagi meneroka fenomena, mengenalpasti masalah bagi tujuan merancang strategi tindakan untuk penambahbaikan

Tugasan 1 : Ulasan Buku Kajian Tindakan

Tajuk Buku : Doing your Research Project : A guide for first-time researchers in education, health and social science. (4th Edition)
Penulis : Judith Bell
Tahun : 2005

Apakah yang dimaksudkan dengan Kajian Tindakan?

Kajian tindakan adalah satu pendekatan yang dilakukan bilamana satu pengetahuan yang spesifik diperlukan untuk sesuatu masalah dalam satu-satu situasi atau apabila terdapat pendekatan baru yang ingin dilakukan terhadap sistem yang sedia ada.

Mengapa Kajian Tindakan perlu dilakukan?

• Untuk mencari penyelesaian terhadap sesuatu permasalahan yang berlaku.
• Untuk mendapatkan teknik yang sesuai dalam proses pembelajaran.

Bila Kajian Tindakan ini dilakukan?

• Apabila berlaku sesuatu permasalahan.
• Apabila terdapat pendekatan baru yang ingin dilakukan terhadap sistem sedia ada.

Bagaimana Kajian Tindakan dilakukan?

• Mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
• Mengetahui / merancang apa yang ingin dikaji.
• Membuat eksperimen atau survey untuk kajian tersebut.
• Melakukan pengumpulan dan penganalisissan data.


Tajuk Buku : A Handbook for Teacher Research from Design to Impelmentation.
Penulis : Colin Lankshear & Michele Knobel
Tahun : 2004

Kajian tindakan telah direka dan diguna pakai secara meluas kerana tingkah laku dalam kelas adalah datangnya dari kajian yang telah dijalankan berdasarkan kajian secara terperinci dan pendekatan kepada sain sosial.


Kajian tindakan ini dilakukan kerana ingin meningkatkan professionalisma guru dan melahirkan guru yang berkualiti unuk mengajar dan belajar di dalam kelas. Selain itu, guru haruslah menghargai kajian yang telah dijalankan dan faham tujuan kajian itu dijalankan. Ini penting kerana apabila guru memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi, mereka dapat mencari punca masalah tersebut dengan berkesan. Disamping itu, guru juga akan lebih prihatin dengan perjalanan proses di sekolah kerana guru tahu masalah-masalah yang dihadapi oleh sekolah dengan pelajar.

Guru melakukan kajian tindakan apabila guru ingin mengetahui samada pengajarannya di dalam kelas memberi perkembangan yang baik atau tidak kepada pelajar dan apabila guru ingin mengkaji cara pengajarannya sendiri dan ingin mengesahkan kajian-kajian yang telah dilakukan

TUGASAN KELAS: KONSEP DAN REKABENTUK KAJIAN TINDAKAN


Konsep dan rekabentuk kajian tindakan

Penyelidikan tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif; dilakukan oleh peserta yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan (Kemmis dan Mctaggart, 1988) Menurut mereka, penyelidikan tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat - tinjauan, perancangan, pelaksanaan dan refleksi.

McNiff (1988) mentafsirkan penyelidikan tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ia melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.

Somekh (1989) menyatakan penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.


Definisi Kajian Tindakan

Kajian tindakan adalah satu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar, kritis dan bersedia untuk mengubah amalan-amalannya.

Kajian tindakan juga sebagai satu kajian terhadap persekitaran sekolah yang melibatkan warga sekolah itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing. Kesimpulannya, Kajian Tindakan adalah “ belajar daripada apa yang dibuat. ” (learning by doing)


Mengapa guru perlu membuat kajian tindakan

Tujuan Kajian Tindakan adalah untuk melibatkan guru dalam proses penambahbaikan dalam bidang tugasnya. Di antara tujuan Kajian Tindakan ialah:

1. Menggalakkan guru menyelesaikan masalah amalan harian dengan membuat refleksi bagi mendapatkan idea dan strategi baru dalam usaha membawa pembaharuan dan kemajuan.

2. Membantu guru menghadapi cabaran dan masalah berhubung dengan amalan pengajaran pembelajaran

3. Memperkembangkan kemahiran professional guru khususnya mengenal pasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan

4. Memberi peluang utk mengukuhkan asas pengetahuan profesyen perguruan

5. Menyelesaikan masalah-masalah professional tanpa arahan luar

6. Mengeluarkan guru dari kongkongan amalan-amalan rutin

7. Meningkatkan amalan-amalan professional. Dengan itu mempunyai hakmilik (ownership) dalam memperkenalkan amalan-amalan yang berkesan. Diberikan kuasa utk membuat keputusan (empowerment)

8. Membawa pembaharuan dan kemajuan melalui refleksi kendiri dan usaha sendiri

9. Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha berkongsi pengalaman. Boleh perbaiki prestasi dan kepuasan kerja

10. Memberi peluang kepada guru utk menjadi agen perubahan dengan membuat refleksi dan menganalisis kekuatan dan kelemahan diri.



KEPENTINGAN PENYELIDIKAN
  • mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru, amalan pembelajaran murid, keadaan murid, suasana dalam bilik darjah dan sebagainya;
  • dapat merancang huraiian mata pelajaran dengan lebih berkesan;
  • Dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran memudahkan pencapaian objektif mereka dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri.
  • Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang aktif dan efektif.
  • Dapat menyediakan guru, sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum;membentukkan budaya penyelidiakn sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan ; dan merapatkan tali silatulrahim di kalangan guru yang terbabit melalui kerjasama secara kolaboratif

MODEL KAJIAN TINDAKAN

1. Reka Bentuk Kajian Tindakan

Pelaksanaan sesuatu kajian yang sistematik dan membolehkan pencapaian matlamat adalah berdasarkan Reka Bentuk Kajian Tindakan yang meliputi empat langkah penting :
  • MEREFLEKSI
  • MERANCANG
  • MELAKSANAKAN STRATEGI
  • MEMANTAU UNTUK MEMBUAT PENILAIAN

Kitaran ini mungkin akan berterusan dan akan wujud selagi mana permasalahan yang dikaji masih tidak dapat diatasi atau belum mencapai keputusan yang dikehendaki



2. Model pembelajaran berasaskan pengalaman (Kolb, 1984)


Proses ini berlaku melalui pengalaman terus, diikuti oleh refleksi berpandu, mempromosikan perkembangannya secara menyeluruh dan seterusnya pertimbangan pemindahan pembelajaran yang sesuai dalam kehidupan (Kolb, 1984; petikan dari Priest & Gass, 1997; m.s 144).

Berdasarkan perbincangan dan kesemua definisi yang dikemukakan, dapatlah dirumuskan bahawa kebanyakan pengkaji mendefinisikan pendidikan luar sebagai satu pendekatan untuk mencapai objektif pembelajaran menerusi pengalaman melakukan sendiri di persekitaran terbuka atau semulajadi


3. Model Kajian Tindakan (Stringer, 1999)
Gelung interaksi menunjukkan 3 fasa kajian, iaitu bermula dengan penglihatan (looking), pemikiran (thinking) dan tindakan (action). Ini menunjukkan proses itu berulangan dan sentiasa diperbaharui. Dalam model ini, Stringer (1999) mengutamakan penglihatan (looking) untuk membina satu gambaran bagi membolehkan pihak yang berkepentingan (stakeholder) memahami isu yang mereka alami.

Fasa ini meliputi pengumpulan data (seperti melalui temu bual, pemerhatian, dan analisis dokumen), merekod dan menganalisis maklumat serta membina dan melapor kepada pihak yang berkepentingan. Fasa seterusnya meliputi pemikiran (think), iaitu mentafsir isu-isu dengan lebih mendalam dan mengenal pasti keutamaan bagi menjalankan tindakan. Pada fasa terakhir, penyelidik bertindak (act), iaitu menghasilkan penyelesaian-penyelesaian yang praktikal

4. Model Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart,1988)

Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)

Proses kajian tindakan melibatkan refleksi ke atas isu pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.

Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan.

Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan tiada mutakhirnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan kurikulum yang hendak disampaikan

Friday, November 6, 2009

TUGASAN 3 : LAPORAN PEMBENTANGAN KOLOKIUM

LAPORAN PENCATAT SESI PEMBENTANGAN
KOLOKIUM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH AMBILAN JANUARI 2009
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


TAJUK PEMBENTANGAN 1: Meningkatkan Minat Murid-Murid Dalam Aktiviti Pembelajaran Dengan Menggunakan Kaedah Peta Minda


Pembentang: Mohd Latiffi Bin Latin & Ong Chee Kiong
Pengerusi : Nor Aini

Tarikh/hari : 26 OKTOBER 2009 / ISNIN

Bilik : Perdana B, Hotel Palm Garden

1.0 Latar Belakang Kajian

Kajian dilakukan ke atas 36 orang pelajar tingkatan 1 dan 35 orang pelajar dari tingkatan 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Panchor, Seremban, Negeri Sembilan. objektif kajian beryujuan untuk meningkatkan minat pelajar & kefahaman pelajar dalam menjawab soalan

2.0 Objektif Kajian

Secara umumnya, objektif kajian adalah untuk

  • Meningkatkan minat pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P)

  • Meningkatkan kefahaman pelajar dalam menjawab soalan.


3.0 Metodologi Kajian


Menggunakan Model Kemmis dan McTaggart. Menurut model ini, kajian tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat atau langkah iaitu:


  • Peringkat I : Refleksi (Reflect)
  • Peringkat II : Merancang (Plan)
  • Peringkat III : Bertindak (Act)
  • Peringkat IV : Memerhati(Observe)


4.0 Pelaksanaan Kajian

  • Aktiviti 1: Ujian Pra
  • Aktiviti 2: Membuat Peta Minda
  • Aktiviti 3: Ujian Pos
  • Aktiviti 4: Borang Kaji Selidik


5.0 DAPATAN KAJIAN


Dapatan kajian menunjukkan bahawa bagi subjek biologi, 23 orang pelajar menjawab semua 9 soalan dengan betul dan bagi subjek pencapaian pendidikan Islam, pencapaian pelajar menjawab dengan betul meningkat.


6.0 Cadangan penambahbaikan


  • Pelajar perlu pendedahan cara membuat peta minda yang lebih berkesan.Ujian pos perlu dilakukan 2 minggu selepas perlaksanaan peta minda untuk melihat perbezaan jawapan atau markah pelajar



TAJUK PEMBENTANGAN KE-2:

Meningkatkan Penglibatan Aktif Pelajar Semasa Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (P & P) Melalui Kaedah Permainan


Pembentang: Nor Zira Bt Shafie & Norbahariah Bt Baharin

Tarikh/hari : 27 Oktober 2009 / Selasa
Bilik : Perdana B, Hotel Palm Garden


1.0 Penyataan masalah:


  • Pelajar didapati tidak memberi perhatian seratus peratus
  • Pelajar malu bertanya
  • Pelajar kurang berkeyakinan meluahkan pendapat atau memberi jawapan secara individu apabila disoal di dalam kelas.
  • Pelajar lemah dalam aspek kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK)


2.0 Metodologi


Menggunakan Model Kemmis dan Mac Taggart (1988) iaitu melibatkan refleksi, rancang, bertindak dan memerhati.

  • Refleksi awal : Masalah yang dikaji dikenalpasti selepas dua kali sesi pengajaran dijalankan.
  • Merancang: permainan yang dirancang bola hikmah, dam ular dan permainan dart.


3.0 Kaedah Pengumpulan data


  • Pemerhatian : Semasa proses P&P, semasa sesi permainan
  • Temubual: selepas ketiga-tiga permainan selesai
  • Soal selidik: 35 soalan diedarkan, Soalan merangkumi sikap pelajar semasa p & p, kekuatan dan kelemahan kaedah permainan


4.0 Implikasi kajian

  • Kaeadah permainan dapat meningkatkan penglibatan aktif pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
  • Kaeadah permainan dapat meningkatkan penglibatan aktif pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas


5.0 Pentingnya kajian ini

  • Meningkatkan keyakinan dan penglibatan aktif pelajar di dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
  • Memperkembangkan kemahiran komunikasi di kalangan pelajar supaya lebih berani bersuara berkongsi pendapat dan memberi jawapan apabila disoal di dalam kelas
  • Mengurangkan perasaan malu bertanya terhadap isi pengajaran yang tidak difahami