BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 4, 2009

Aktiviti 13: Tugasan 4 Kajian Tindakan

Berdasarkan kursus Psikologi Pendidikan/Kaedah Mengajar/Penaksiran Pembelajaran:

1. Teori-teori/ strategi, kaedah yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah dalam kajian yang dirangka adalah:



Teori Tingkahlaku

Teori ini diperkenalkan oleh aliran mazhab behavioris. Mereka berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku, iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Pandangan ini memfokuskan kepada perubahan tingkahlaku yang nyata dan dapat diperhatikan .Di antara pandangan atau definisi pembelajaran mazhab behavioris yang boleh diterima umum ialah seperti yang diberikan oleh Kimble (1961) yang menyatakan pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkahlaku yang agak tetap akibat daripada latihan pengukuhan. Perubahan pembelajaran ini berlaku melalui empat proses iaitu perhubungan, pelaziman klasik,pelaziman operan dan pembelajaran melalui pemerhatian. Di antara prinsip-prinsip teori behaviorisme yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:


a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif
didalamnya . Keadaan ini dapat diwujudkan dengan dengan menyediakan
aktiviti-aktiviti tertenti yang melibatkan pelajar secara aktif seperti
perbincangan dalam kumpulan.

b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat
dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu.


Teori Konstruktivisme

Menurut Mc Brien dan Brandt (1997), konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. Pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru dalam mindanya.

Prinsip-prinsip Konstruktivisme adalah seperti berikut:
1. Pengetahuan dibina pelajar.
2. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.
3. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.
4. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman.
5. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.
6. Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka.
7. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru.
8. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar

Kaedah Kooperatif

Penggunaan video dan demontrasi juga menggalakkan pembelajaran koperatif dan
interaksi antara pelajar. Pelajar memang lebih suka belajar daripada rakan sebaya. Oleh itu, multimedia memang sesuai untuk pelajar aktif. Mereka berpeluang membentuk kumpulan kecil untuk berbincang dan memahami sesuatu topik, menyelesai masalah dan membuat keputusan dan menghasilkan projek multimedia bersama. Kepakaran, pengetahuan dan pengalaman setiap ahli kumpulan akan digunakan sepenuhnya dalam proses pembelajaran tersebut


Kaedah Eksposisi atau ' Direct Instruction '

Satu kaedah di mana guru banyak menerangkan isi pelajaran secara lisan atau dengan menggunakan alat bantu seperti audio visual. Murid akan mendengar dan merekod maklumatpenting yang diterangkan oleh guru sebelum melakukan sesuatu aktiviti. Kaedah ini juga sering disamaertikan dengan 'systematic teaching', 'explicit instruction', 'explicit teaching', and' active teaching' (Husen & Postlethwaite, 1970). Penyampaian dengan menggunakan kaedah eksposisi melibatkan:

• Penerangan dan penghuraian idea dan konsep yang akan dipelajari sama ada dengan atau
tanpa alat bantu mengajar.
• demonstrasi
• penerangan langkah-langkah penyelesaian sesuatu tugasan

Kaedah eksposisi amat sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran. Dalam peringkat perkembangan atau membuat penerangan tentang sesuatu peraturan sebelum melakukan aktiviti permainan. Masa pengajaran dapat dijimatkan dan pengendalian aktiviti akan lebih kemas dan teratur. Walau bagaimanapun ianya perlu dirancang dengan teliti supaya pelaksanaannya tidak menimbulkan rasa bosan dan mengalih perhatian pelajar daripada bahan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah disediakan. Penggunaannya perlu tepat dengan masa dan keadaan.








0 comments: