BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 4, 2009

Aktiviti 13: Tugasan 4 Kajian Tindakan

Berdasarkan kursus Psikologi Pendidikan/Kaedah Mengajar/Penaksiran Pembelajaran:

1. Teori-teori/ strategi, kaedah yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah dalam kajian yang dirangka adalah:



Teori Tingkahlaku

Teori ini diperkenalkan oleh aliran mazhab behavioris. Mereka berpendapat bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku, iaitu cara seseorang bertindak dalam suatu situasi. Pandangan ini memfokuskan kepada perubahan tingkahlaku yang nyata dan dapat diperhatikan .Di antara pandangan atau definisi pembelajaran mazhab behavioris yang boleh diterima umum ialah seperti yang diberikan oleh Kimble (1961) yang menyatakan pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkahlaku yang agak tetap akibat daripada latihan pengukuhan. Perubahan pembelajaran ini berlaku melalui empat proses iaitu perhubungan, pelaziman klasik,pelaziman operan dan pembelajaran melalui pemerhatian. Di antara prinsip-prinsip teori behaviorisme yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:


a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif
didalamnya . Keadaan ini dapat diwujudkan dengan dengan menyediakan
aktiviti-aktiviti tertenti yang melibatkan pelajar secara aktif seperti
perbincangan dalam kumpulan.

b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat
dengan mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu.


Teori Konstruktivisme

Menurut Mc Brien dan Brandt (1997), konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang lain. Pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru dalam mindanya.

Prinsip-prinsip Konstruktivisme adalah seperti berikut:
1. Pengetahuan dibina pelajar.
2. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.
3. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.
4. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman.
5. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.
6. Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka.
7. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru.
8. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar

Kaedah Kooperatif

Penggunaan video dan demontrasi juga menggalakkan pembelajaran koperatif dan
interaksi antara pelajar. Pelajar memang lebih suka belajar daripada rakan sebaya. Oleh itu, multimedia memang sesuai untuk pelajar aktif. Mereka berpeluang membentuk kumpulan kecil untuk berbincang dan memahami sesuatu topik, menyelesai masalah dan membuat keputusan dan menghasilkan projek multimedia bersama. Kepakaran, pengetahuan dan pengalaman setiap ahli kumpulan akan digunakan sepenuhnya dalam proses pembelajaran tersebut


Kaedah Eksposisi atau ' Direct Instruction '

Satu kaedah di mana guru banyak menerangkan isi pelajaran secara lisan atau dengan menggunakan alat bantu seperti audio visual. Murid akan mendengar dan merekod maklumatpenting yang diterangkan oleh guru sebelum melakukan sesuatu aktiviti. Kaedah ini juga sering disamaertikan dengan 'systematic teaching', 'explicit instruction', 'explicit teaching', and' active teaching' (Husen & Postlethwaite, 1970). Penyampaian dengan menggunakan kaedah eksposisi melibatkan:

• Penerangan dan penghuraian idea dan konsep yang akan dipelajari sama ada dengan atau
tanpa alat bantu mengajar.
• demonstrasi
• penerangan langkah-langkah penyelesaian sesuatu tugasan

Kaedah eksposisi amat sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran. Dalam peringkat perkembangan atau membuat penerangan tentang sesuatu peraturan sebelum melakukan aktiviti permainan. Masa pengajaran dapat dijimatkan dan pengendalian aktiviti akan lebih kemas dan teratur. Walau bagaimanapun ianya perlu dirancang dengan teliti supaya pelaksanaannya tidak menimbulkan rasa bosan dan mengalih perhatian pelajar daripada bahan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah disediakan. Penggunaannya perlu tepat dengan masa dan keadaan.








Aktiviti 12 : Berdasarkan maklum balas, buat penambahbaikan pernyataan masalah, tujuan dan objektif kajian

"Kaedah Video Dan Demonstrasi Dalam P&P"

Matlamat Kajian:

Kajian ini bertujuan mengkaji penggunaan kaedah video dan demontrasi bagi menarik minat pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dalam subjek Bahasa Melayu dan ICT.

Objektif kajian:

1. Untuk menarik minat pelajar dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

2. Meneroka penggunaan pengunaan kaedah video serta demontrasi dalam meningkatkan penguasaan pelajar dalam bidang Bahasa Melayu dan ICT

Penyataan Masalah:

1. Adakah kaedah video dan demontrasi dapat menarik minat pelajar dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas?

2. Adakah kaedah pembelajaran penggunaan video dan demontrasi dapat meningkatkan penguasaan mereka dalam bidang Bahasa Melayu dan ICT

Aktiviti 11: Ulasan Jurnal

Artikel 1: Using action research to teach students to manage team learning and improve teamwork satisfaction

Penyataan Masalah

Artikel ini mengkaji strategi yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mambangunkan kemahiran dalam menguruskan kumpulan pembelajaran. Dua kumpulan pelajar pengurusan tahun 2 telah mengambil bahagian dalam projek kajian tindakan ini. Pelajar-pelajar ini telah diberi pendidikan mengenai pembangnan pasukan, pengurusan proses dan konflik dan bangaimana untuk mengulas serta menaikkan pembangunan proses-proses pasukan dan pengurusan konflik dan bagaimana bagi mengkaji semula dan meningkatkan pembentukan pasukan.


Teknik Pengumpulan Data

  • Melalui pemerhatian secara sistematik melihat kumpulan pelajar ini.
  • Melibatkan pemerhatian secara lansung iaitu pengkaji mencatat nota tentang aktiviti yang dilakukan oleh pelajar yang diperhatikan

Kaedah Melapor Pernyataan Masalah

Awal semesta: mengenal pasti kelemahan dan kekuatan individu yang termsuk dalam kumpulan. Memikirkan peranan, penglibatan dan peringkat perkembangan kumpulan. Pada akhir semesta, Maklum balas kepuasan prestsi kumpulan dan konflik pengurusan selepas penyertaan.

Keputusan menunjukkan apabila pelajar diajar untuk menguruskan proses kerjasama dan tanggungjawab dalam pengurusan konflik dan hubungan antara pasukan, didapati konflik dan hubungan sosial berkurangan dan berpuas hati dengan hasil pembelajaran.



Jurnal 2: An Action Research Plan for Developing and Implementing The Students’ Listening Comprehension Skills

Penyataan Masalah

Kajian tindakan ini dilakukan untuk mengetahui bagaimana bagi meningkatkan pelajar-pelajar mendengar dalam kemahiran-kemahiran pemahaman, meningkatkan prestasi mereka dan membantu dalam meningkatkan mutu pengajian pelajar.


Pengumpulan Data

  • pra-ujian, temubual, memerhati aktiviti pelajar di dalam kelas, refleksi pelajar, jurnal harian pelajar dan penyelidik (guru kelas), laporan pelajar, pemerhatian oleh pengkritik


Kaedah Melapor Pernyataan Masalah

Data akan dikumpul melalui pra-ujian, temubual, memerhati aktiviti pelajar di dalam kelas, refleksi pelajar, jurnal harian pelajar dan penyelidik (guru kelas), laporan pelajar, pemerhatian oleh pengkritik dan perbandingan dengan kelas mereka, menilai skor pelajar dan dibandingkan dengan kelas lain, melakukan pos-ujian.



Jurnal 3: Action Research: An Approach For The Teachers In Higher Education

Penyataan Masalah

Mengkaji atau mengetahui keberkesanan dan kelebihan kajian tindakan pada tahap pendidikan lebih tinggi.

Pengumpulan Data

  • Perbincangan secara jelas berkaitan konsep dan objektif kajian tindakan praktik
  • Pemerhatian
  • Diagnosis
  • Perancangan Tindakan
  • Tindakan
  • penilaian

Kaedah Melapor Pernyataan Masalah

- Kitaran kedua menunjukkan peningkatan
- Kitaran ketiga (penambahbaikan) dilakukan juga menunjukkan peningkatan tetapi kurang
baik.
- Kajian ini telah menunjukkan bagaimana PAR (Practice Action Research) digunakan dalam
kuliah di universiti dalam tempoh yang singkat.
- Pelajar gembira terlibat dengan kajian dan menerima tindakan untuk penambahbaikan.
- Memotivasikan pelajar untuk meningkatkan diri dalam pembelajaran

Aktiviti 10: Ulasan Buku


Berdasarkan Buku Doing Your Research Project: A guide for first-time researchers in education, health and social science by Judith Bell. Perancangan yang dilakukan dalam mengenal pasti masalah kajian tindakan adalah seperti berikut:

1. Kajian dilakukan apabila terdapat sesuatu permasalahan timbul dalam persekitaran pembelajaran.

2. Dilakukan apabila satu pengetahuan yang spesifik diperlukan untuk sesuatu masalah dalam satu-satu situasi atau apabila terdapat pendekatan baru yang ingin dilakukan terhadap sistem yang sedia ada

2. Selain itu, penulis menyatakan bahawa sesuatu masalah itu dapat dikenalpasti apabila pengkaji itu sendiri prihatin terhadap sesuatu isu yang dirasakan perlu untuk diselesaikan atau dicari jalan penyelesaiannya


Mengutip Data

Mengutip data dengan sistematik adalah pendekatan teruji dalam urusan menjalankan sebarang penyelidikan demi mengukuhkan sesuatu perkara serta memantapkan kefahaman di pihak pengkaji.

Mengutip data berlaku pada dua tahap. Pertama, berlaku pada peringkat awal yang mana pengkaji akan mengumpul data bagi memahami dengan lebih mendalam masalah yang dikenal pasti.

Peringkat atau tahap kedua pengutipan data pula adalah bagi mengesan keberkesanan aktiviti ’rawatan’ yang pengkaji tindakan lakukan kepada sesuatu situasi asal yang beliau ingin melihat kemajuan atau peningkatan.

Kategori Data

Boleh dibahagikan kepada data primer dan sekunder. Data primari didapati hasil dari soal-jawab atau borang soal selidik yang diedarkan kepada responden untuk dijawab.

Data sekunder pula adalah data-data asal yg dikumpul atau direkod sebelumnya oleh seseorang pengkaji lain bagi tujuan-tujuan lain ketika itu. Ia seperti dokumen-dokumen bertulis peribadi seperti diari, surat-surat, gambar-gambar dlam sebarang format.

Data Penyelidikan

Data merupakan fakta, maklumat atau angka yang membolehkan kita membuat huraian atau ringkasan tentang sesuatu (perkara yang dikaji). Data perlu disusun mengikut satu organisasi yang tertentu agar ia dapat memberikan satu gambaran khas tentang perkara berkenaan.

Menganalisis data adalah merupakan satu proses untuk memahami data. Pada asasnya kita cuba untuk menjawab soalan kajian melalui data yang dikumpul dan dianalisa. Sama ada data berbentuk numerik atau perkataan, tugas menganalisa adalah sama


Memproses dan Menganalisa Data

Berlaku pada dua peringkat iaitu peringkat mengenal pasti dan peringkat akhir selepas kutipan data dilakukan semasa dan selepas perlaksanaan tindakan sebelum membuat keputusan.

Kesimpulan yang dibuat berasaskan data yang dikutip pada peringkat mengenal pasti isu menjerus kepada kewajaran menjalankan menjalankan penyelidikan seterusnya. Bagi kesimpulan yang dibuat pada peringkat kedua, iaitu selepas tindakan penambahbaikkan dijalankan. Ia menjurus kepada keberkesanan tindakan penambahbaikan.